Buku ini merupakan himpunan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang berkaitan dengan tajuk. Hadith-hadith disusun menurut perkara-perkara berikut:
1. Kaedah perlaksanaan menurut Sunnah.
2. Larangan yang berkaitan dengan sesuatu Sunnah.
3. Fadilat mengamalkan Sunnah tersebut.
4. Doa-doa yang berkaitan dengan Sunnah.
Pengumpulan hadith-hadith dilakukan daripada kutub At-Tis’ah. Kitab ‘Riyadhus Solihin’ oleh Imam Nawawi dan pelbagai kitab kontemporari yang membicarakan tentang amalan sunnah Rasulullah SAW sama ada dalam Bahasa Arab atau terjemahan.